Tiba-tiba encik otak bertanya soalan cepumas kepada cik minda, "Apa bezanya antara memberi penjelasan dan memberi alasan? Kenapa kita lebih mengharapkan orang menberikan penjelasan kepada kita dan bukannya alasan? Bukankah kedua-duanya bermaksud memberitahu sebab atau mempertahankan tindakan kita?"
Cik minda tersentak, "Oh hoi! Tricky questions!"
Kata seorang puan koordinator, memberi penjelasan itu lebih sopan daripada memberi alasan. Hmm...
Nampaknya perlu cari maklumat yang lebih lanjut. Maka, bila sahaja kita ada akses internet, pergunakan ia!
Pertamanya: cari makna perkataan: Pusat Rujukan Persuratan Melayu (http://prpm.dbp.gov.my/)
- Penjelasan: 1. keterangan (yg lebih jelas), huraian; 2. penyelesaian.
- Alasan: 1. asas, dasar; 2. sebab; 3. yang dijadikan sebagai alas/lapik.
- Memberi penjelasan bermakna memberi keterangan yang lengkap dan difahami oleh khalayak.
- Memberi alasan bermakna ???
- Hasil carian banyak membawa kepada perbincangan mengenai nilai tanggungjawab semasa memberitahu sebab/tindakan.
- Juga membincangkan "difference between a reason and an excuse". Jadi dalam konteks ini ia melibatkan perbincangan di antara sebab vs alasan.
- Dai Qian memberikan penjelasan yang ringkas dan menarik berkaitan sebab vs alasan ini dalam blog beliau.
Tak tahu menari dikatakan lantai jungkang-jungkit.
A bad workman always blames his tools.
It is easier to find an excuse than to find a reason. ~ Doug Brown
An excuse is a skin of a reason stuffed with a lie. ~ Billy Sunday